Sunday, March 17, 2013

DUSUN BUAH-BUAHAN




Buah dokong

Pokok dokong



Dusun mangga







Buah ciku




Pokok ciku









Di UUM ini ,terdapat dua jenis dusun buah-buahan iaitu dusun buah-buahan komersial dan dusun buah-buahan nadir.
Dusun-dusun ini di katakan menarik di UUM ini kerana kesedapan buah-buah yang terdapat di dusun berkenaan dan pelajar-pelajar, juga staf UUM dibenarkan untuk mengambil buah-buah tersebut..

Dusun buah-buahan komersial-
 Antara jenis-jenis pokok buah-buahan di dusun ini adalah seperti Durian, Manggis, Dokong, Mangga, Cempedak, Rambutan, Sukun, Nangka, Belimbing, Limau dan Ciku. Jumlah keseluruhan 2132 pokok dan keluasan kawasan 38.59 ekar. Kemudahan pam air dan sistem sprinkler juga disediakan di situ. 

Dusun buah-buahan hutan (nadir) -
 Jenis-jenis pokok buah-buahan hutan yang terdapat adalah seperti Nam nam, Langsat, Mengkudu, Keranji, Amra, Keriang Dot dan lain-lain lagi. Jumlah keseluruhan adalah 900 pokok dengan keluasan kawasan 19.41 ekar.



PUNCAK VISTA





Terdapat tempat berehat di atas puncak vista tersebut.





sebelum mendaki puncak...





terletak berhampiran DPP Maybank..






Permandangan semasa berada di atas Puncak tersebut..





Dikatakan terdapat 3 puncak vista yang dibina di dalam kampus di UUMsebagai tempat untuk rekreasi, 2 daripadanya terletak di dalam hutan sintok yang masing-masing mempunyai ketinggian 6.3 meter dari permukaan tanah.
  
Puncak ini sesuai bagi mereka yang berminat untuk menikmati keindahan alam semulajadi.

Sebuah lagi puncak vista didirikan diatas bukit berhampiran kolej kediaman pelajar iaitu Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Maybank, yang mempunyai ketinggian 90 meter dari aras laut dan harus menaiki anak tangga yang berjumlah 164 anak tangga.

     Puncak ini amat sesuai bagi golongan yang inginkan keindahan permandangan panorama Kampus Sintok  secara keseluruhan.

Apabila berada di atas puncak vista ini, kita dapat melihat seluruh pemandangan dalam UUM ini.. 
Permandangannya amat cantik dan menarik sekali..

Permandangan yang paling cantik sekali adalah apabila selepas hujan berhenti dan puncak tersebut di penuhi dengan kabus yang sungguh nyaman sekali..

TAMAN SEMULAJADI













Taman Semulajadi ini adalah merupakan salah satu daripada tempat-tempat yang di katakan menarik di Universiti Utara Malaysia..

Keindahannya yang semulajadi itu berjaya menarik minat ramai pengunjung untuk terus mengunjung ke sana..
Taman ini di katakan mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan yang hidup di situ..
Tempat ini di penuhi dengan flora dan fauna..

Taman ini mengandungi tapak seperti semaian orkid, taman herba, habitat rama-

rama dan juga 'santuary' burung. 

Bagi mereka yang meminati keindahan alam dan kicauan burung-burung, taman semulajadi menjanjikan sesuatu yang sungguh mengembirakan. 
Sesiapa yang meminati fotografi juga boleh menjadikan taman ini sebagai latar belakang penggambaran.

Tempat ini memang merupakan satu tempat yang sangat menarik di UUM.. 
Dan sesiapa sahaja dibenarkan untuk berada di taman tersebut..

TAMAN BOTANI








Taman Botani terletak berhampiran dengan Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 4 di UUM. 
Dan ia juga adalah berhampiran dan berhadapan dengan Pusat Kesihatan Universiti (PKU)...

Taman ini merangkumi kawasan seluas lebih kurang 28 ekar, 
dilengkapi dengan rumah hijau dan wakaf untuk rehat.

Tempat ini terbuka kepada pelajar-pelajar UUM,staf UUM dan juga pengunjung luar yang datang ke UUM..








Tempatnya yang menarik dan tenang ini berjaya menarik ramai pengunjung ke sana..

Suasananya yang aman tenang dan udaranya yang nyaman merupakan salah satu kenapa tempat ini dikatakan menarik di UUM..
Tempat ini amat sesuai sekali bagi mereka yang ingin mencari ketenangan dan menghilangkan stres..

Tempat ini dikatakan menarik kerana keindahannya yang sangat unik...

TAMAN RUSA





Rusa-rusanya yang sungguh jinak..





Pengunjung dibenarkan untuk memberi makan kepada rusa-rusa berkenaan..










Pengunjung juga dibenarkan untuk mengambil gambar rusa-rusa berkenaan..



Taman Rusa ini terletak berhampiran dengan Pusat sukan UUM.. Ia juga berhampiran dengan Kolej Penginapan Pelajar (DPP) Bank Muamalat dan juga DPP Yayasan Al Bukhary..

Taman Rusa ini dikatakan merupakan salah satu tempat yang menarik di UUM kerana keunikan rusa-rusanya yang terdapat di situ. Ia juga tidak memerlukan sebarang pembayaran yang harus dibuat untuk melihat rusa-rusa tersebut.

Jenis rusa yang terdapat di UUM ini antaranya seperti Rusa Timor atau dikenali sebagai Cervus timorensis 
  ini adalah merupakan jenis spesis rusa yang jarang di temui..

Taman Rusa telah disediakan untuk mahasiswa, kakitangan, dan para pengunjung di Universiti Utara Malaysia.
 Sambil anda beriadah dan menghirup udara segar pada waktu petang, anda boleh meluangkan masa untuk singgah ke taman rusa. 
Jenis rusa yang diternak ialah Rusa Timor Cervus timorensis ). 
Jumlah rusa yang diternak ialah 93 ekor iaitu 5 ekor jantan, 45 ekor betina, dan 43 ekor anak. 
Keluasan kawasan adalah 8 ekar.

Kemudahan yang disediakan seperti Padang ragut yang berpagar Cyclone, Bangsal teduhan, Rumah kelam, Setor dan sistem sprinkler. 



TAMAN MEMANCING









Ini adalah merupakan Taman Memancing yang terletak  di UUM...


 Pelajar boleh datang ke taman memancing UUM pada bila-bila masa sahaja. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah jeti, pondok terbuka dan tandas awam..

Antara ikan yang terdapat di sini adalah seperti ikan lampam, patin, keli, kap, talapia, dan lain-lain lagi..

Permandangan di sini sungguh tenang dan sangat sesuai untuk menenangkan fikiran disamping memancing bagi mereka yang gemar memancing...



KENALI KAMI









Nur Aishah atau nama manja "Sha".. 
Pelajar jurusan Perniagaan.. 
Perak tempat asal kelahiran..








Nur Amirah atau dikenali sebagai 'Mira' 
pelajar jurusan Perniagaan 
dan dilahirkan di Kelantan bandar Cik Siti Wan Kembang.....





Blog kami ini memaparkan mengenai tempat-tempat yang menarik di Universiti Utara Malaysia (UUM)..

Terdapat beberapa tempat-tempat yang menarik di UUM antaranya seperti Taman Rusa, Puncak Vista, Taman Botani dan sebagainya..




TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI UUM

DEWAN MAS



Simbol UUM




UUM yang tercinta..


UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) yang ditubuhkan secara rasmi pada 16 Februari 1984 di bawah Perintah (Perbadanan) UUM dengan cogan kata Ilmu Budi Bukti kini berusia 29 tahun.

Hasrat untuk mewujudkan universiti keenam di Malaysia ini timbul berikutan bertambahnya permintaan terhadap pendidikan tinggi dan kurangnya tempat di lima universiti tempatan yang sedia ada ketika itu.

Sekiranya diimbau penubuhannya pada bulan Ogos 1983, kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pendidikan pada masa itu supaya menjalankan kajian kemungkinan dan menyediakan satu kertas kerja ke atas projek universiti keenam ini.

Setelah kabinet meneliti dan meluluskan penubuhannya pada 19 Oktober 1983 maka Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah dilantik sebagai Canselor.

Manakala Naib Canselor UUM yang pertama ialah Prof. Tan Sri Dato' Awang Had Salleh.

UUM yang akan mula mengemas kedudukan untuk menyertai ranking antarabangsa supaya kedudukannya dalam arena antarabangsa setaraf dengannya ini bermula dengan pejabat sementara yang ditempatkan di sebuah bangunan di bandar Jitra sehingga Kampus Darulaman disiapkan.

Dengan kos pembinaan kampus sementara berharga RM96 juta di kawasan seluas 25 hektar di Bandar Darulaman, Jitra yang bermula pada Januari 1984 telah disiapkan dalam tempoh enam bulan fasa pertamanya siap dan seramai 295 orang pelajar perintis memulakan pengajian pada 7 Julai 1984 berbanding sekarang yang berjumlah 30,992 pelajar.

Naib Canselor UUM ketujuh Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak ketika ditemui berkata, konvokesyen pertama, kedua dan ketiga telah diadakan di Kampus Darulaman.

Beliau yang ketika itu menjawat sebagai tutor menyatakan bahawa Pembinaan kampus tetap di Sintok ini bermula pada 8 Januari 1989 dan Kampus Sintok memulakan operasinya pada 15 September 1990.

“Perpindahan sepenuhnya ke Kampus Sintok yang berharga RM580 juta ini dilakukan pada 1 Januari 1991 diikuti dengan perpindahan sepenuhnya pada 1993,” ujar beliau lagi.

Menyentuh mengenai perubahan dari segi penstrukturan Dr Mohamed Mustafa menambah mulai Januari 2008 sebanyak 13 buah Fakulti telah digabungkan menjadi tiga (3) buah kolej akademik iaitu Kolej Perniagaan (College of Business- COB), Kolej Sastera dan Sains (College of Arts and Sciences- CAS) dan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (College of Law, Government and International Studies- COLGIS).

Dalam penstrukturan itu juga membabitkan 15 Dewan Penginapan Pelajar (DPP) yang  mampu menempatkan hampir 20,000 mahasiswa.

Katanya UUM yang dikenali dengan Universiti Pengurusan ini telah menamakan DPP ini mengikut syarikat, institusi dan organisasi terkenal di Malaysia yang turut sama menyumbang ke arah pembangunan universiti ini dan dinamakan pula mengikut penajaan DPP masing-masing iaitu DPP Mas, Tenaga Nasional Berhad, Tradewinds, Petronas, Eon, MISC, Sime Darby, BSN, TM, Proton, Maybank, Yayasan Albukhary, Bank Muamalat, Bank Rakyat dan SME Bank.

Universiti yang mempunyai pelbagai kemudahan prasarana seperti go-kart, sauna, pusat equin, pusat sukan, akademi golf, taman rusa, kolam renang bersaiz olimpik, taman buah-buahan, tasik dan lain-lain bukan sahaja boleh digunakan oleh pelajar dan warga kampus malah dapat berkongsi dnegan masyarakat di negara ini.

Bagi menempatkan keluarga atau tetamu yang hadir ke kampus ini UUM juga menyediakan kemudahan penginapan yang selesa untuk mereka yang berkunjung ke sini iaitu di University Inn dan EDC Hotel.