Rusa-rusanya yang sungguh jinak..
Pengunjung dibenarkan untuk memberi makan kepada rusa-rusa berkenaan..
Pengunjung juga dibenarkan untuk mengambil gambar rusa-rusa berkenaan..
Taman Rusa ini terletak berhampiran dengan Pusat sukan UUM.. Ia juga berhampiran dengan Kolej Penginapan Pelajar (DPP) Bank Muamalat dan juga DPP Yayasan Al Bukhary..
Taman Rusa ini dikatakan merupakan salah satu tempat yang menarik di UUM kerana keunikan rusa-rusanya yang terdapat di situ. Ia juga tidak memerlukan sebarang pembayaran yang harus dibuat untuk melihat rusa-rusa tersebut.
Jenis rusa yang terdapat di UUM ini antaranya seperti Rusa Timor atau dikenali sebagai Cervus timorensis
ini adalah merupakan jenis spesis rusa yang jarang di temui..
Taman Rusa
telah disediakan untuk mahasiswa, kakitangan, dan
para pengunjung di Universiti Utara Malaysia.
Sambil
anda beriadah dan menghirup udara segar pada waktu petang, anda boleh
meluangkan masa untuk singgah ke taman rusa.
Jenis rusa yang diternak
ialah Rusa Timor ( Cervus timorensis ).
Jumlah rusa yang diternak ialah 93 ekor iaitu 5 ekor jantan, 45 ekor betina,
dan 43 ekor anak.
Keluasan kawasan adalah 8 ekar.
Kemudahan yang disediakan
seperti Padang ragut yang berpagar Cyclone, Bangsal teduhan, Rumah kelam, Setor
dan sistem sprinkler.
No comments:
Post a Comment