Monday, March 18, 2013

PKU UUM

PKU UUM
Pusat Kesihatan Universiti (dahulunya PUSAT KESIHATAN PELAJAR), Universiti Utara Malaysia (PKUUUM) mula beroperasi pada tahun 1986 di kampus sementara di Tanah Merah, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah. Pada tahun 1990, Pusat Kesihatan Pelajar turut berpindah bersama universiti induk ke kampus barunya di Sintok, Kedah. Staf PKUUUM pada ketika itu hanya seramai enam orang. Perkhidmatan yang diberi terhad kepada rawatan pesakit luar dan rawatan pergigian. Pada ketika ini bilangan staf melebihi 30 orang dan perkhidmatan juga telah diperluas dan pelbagaikan.
Mulai tahun 1995, PKPUUM dengan bantuan Pusat Komputer, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melahirkan satu Sistem Klinik Berkomputer bertujuan mempercepatkan proses merawat pesakit. Sistem ini melibatkan keseluruhan perkhidmatan perubatan dari masa pendaftaran sehingga pesakit mendapat rawatan. Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Utara Malaysia merupakan pusat kesihatan universiti pertama di Malaysia yang menggunakan sistem klinik berkomputer bersama smart card dan sistem ini mendapat pengiktirafan apabila memenangi tempat kedua dalam pertandingan Asia Pacific Multimedia Information Technology and Telecommunication Awards pada Mac 2001.
Pada April 1998 PKU UUM dipilih oleh universiti menjadi sebuah Strategic Business Unit (SBU) yang diharap dapat menjana kewangan bagi pusat khasnya dan universiti amnya. Sehingga kini ia antara penyumbang dana terbesar universiti.

No comments:

Post a Comment