![]() |
PKU UUM |
Pusat
Kesihatan Universiti (dahulunya PUSAT KESIHATAN PELAJAR), Universiti
Utara Malaysia (PKUUUM) mula beroperasi pada tahun 1986 di kampus
sementara di Tanah Merah, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah. Pada tahun
1990, Pusat Kesihatan Pelajar turut berpindah bersama universiti induk
ke kampus barunya di Sintok, Kedah. Staf PKUUUM pada ketika itu hanya
seramai enam orang. Perkhidmatan yang diberi terhad kepada rawatan
pesakit luar dan rawatan pergigian. Pada ketika ini bilangan staf
melebihi 30 orang dan perkhidmatan juga telah diperluas dan pelbagaikan.
Mulai
tahun 1995, PKPUUM dengan bantuan Pusat Komputer, Universiti Utara
Malaysia (UUM) telah melahirkan satu Sistem Klinik Berkomputer bertujuan
mempercepatkan proses merawat pesakit. Sistem ini melibatkan
keseluruhan perkhidmatan perubatan dari masa pendaftaran sehingga
pesakit mendapat rawatan. Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Utara
Malaysia merupakan pusat kesihatan universiti pertama di Malaysia yang
menggunakan sistem klinik berkomputer bersama smart card dan sistem ini
mendapat pengiktirafan apabila memenangi tempat kedua dalam pertandingan
Asia Pacific Multimedia Information Technology and Telecommunication
Awards pada Mac 2001.
Pada
April 1998 PKU UUM dipilih oleh universiti menjadi sebuah Strategic
Business Unit (SBU) yang diharap dapat menjana kewangan bagi pusat
khasnya dan universiti amnya. Sehingga kini ia antara penyumbang dana
terbesar universiti.